Bahan-bahan
30 biji Kuning Telur } Grade B
3 biji Putih Telur }
270 gm Gula Kastor
1 tbsp Oellete
125 gm Tepung Hong Kong } di ayak
1 tsp Baking Powder } bersama-sama…
500 gm Butter Golden Churn } dipukul
3 tbsp Susu Pekat Manis } bersama-sama
1 bungkus (227gm) Buah Prune
Cara Mengadunnya
1. Pukul butter dan susu hingga gebu, kemudian asingkan.
2. Dalam bekas lain, pukulkuning telur, putih telur , gula dan ovellete sehingga gebu – high speed selama 10min
3. Tukarkan ke speed slow kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.
4. Setelah itu masukkan butter sedikit demi sedikit juga….
5. Sukat 5 sudu makan adunan dan ratakan dlm loyang
6. Setiap lapisan ke tiga, aturkan buah prune secara rawak
7. Gunakan loyang 8 x8x3 inci @ 9x9x3inci @ guna 2 loyang 6x6x3inci
Cara Membakarnya
1. Lapisan pertama menggunakan api atas dan bawah
2. Tutup pintu
3. Lapisan kedua hingga akhir, gunakan api atas atau gril
4. Setiap lapisan tak perlu ditekan.
5. Sekiranya menggunakan Oven Srwk, 1 st layer bakar di tingkat atas sehingga kuning kemudian di alihkan ke ingkat bawah sebentar
No comments:
Post a Comment