Thursday, March 19, 2009

Buttercake Biasa

Sumber : Farah Rashid

Bahan-bahan

250 gm butter (apalagi...kalau nak makan sendiri beli butter yg besh sikit!! ...saya suka SCS butter....mama saya suka Fern...hehehe)

250 gm gula kaster (boleh dikurangkan sehingga 225 gm)

250 gm tepung serbaguna (masa tu tak tau lagi nak pakai cake flour)

1 teasp baking powder

250 gm eggs (lebih kurang 4 biji telur)

50 ml fresh milk

1/4 sudu teh garam halus (kalau butter tuh unsalted)

(kesemua bahan kecuali susu hendaklah pada suhu bilik...)

Cara Membuatnya

1. Preheat oven 180 darjah celcius.

2. Gris acu kek bulat 10" ngan sikit butter dan lapik tapaknya dgn kertas minyak. gris pula permukaan kertas minyak itu. taburkan sedikit tepung atas acu dan gelekkan acu itu supaya tepung cover acu itu rata2. tepuk utk buang lebihan tepung

3. Ayak tepung dgn baking powder dan garam. ketepikan

4. Pukul butter dgn gula sampai kembang dan putih. sepanjang proses memukul sekali-sekala hentikan mixer dan keruk adunan itu hingga ke permukaan bawah...mana tau ada gula kat bawah tak dipukul rata2...nanti affect the texture of the cake

5. Pecahkan telur satu persatu dlm mangkuk yg lain. kemudian tuangkan sebiji2 ke dalam adunan butter tadi. interval tuang telur dlm 1 minit each.

6. Perlahankan speed mixer

7. Masukkan dlm 3 senduk tepung ke dalam adunan, diikuti dengan lebih kurang 1 sudu besar fresh milk. ulangi hingga habis...tapi pastikan last sekali masukkan tepung

8. Bakar dlm 50 minit...tapikan....check....in 25 minutes...cucuk ngan lidi...kalau lidi clear...dah masak....

VARIETYNYA

dari adunan Basic Butter Cake di atas...boleh dibuat pelbagai jenis butter cake yg lain....

BANANA/DURIAN CAKE

* gula kaster dikurangkan ke 200 gm

* pada bahan ayak (tepung,garam, baking powder), tambah lagi 1/4 sudu teh baking soda

* selepas Langkah 6, masukkan 250 gm pisang/durian masak ranum yg dilenyekkan

ORANGE CAKE

* 50 ml fresh milk digantikan dgn 50 ml fresh orange juice

* selepas Langkah 6, masukkan parutan kulit oren sunkist (1 biji) yg telah di cincang

* jika ada, masukkan orange oil setitik dua utk lebih aroma oren

No comments:

Post a Comment