Thursday, March 19, 2009

Kek Chiffon Orange



Sumber : Puan Roslini Jalil
Gambar : Julia

Bahan-bahan
155g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
Bahan-bahan i
ni di ayak bersama sebanyak tiga kali

Sedikit garam
6 biji terlur kuning
185 g gula castor
90 ml minyak jagung
6 biji putih telur
2 sudu kecil minyak orange
60 ml air

Cara Membuatnya

  1. Pukul kuning telur hingga kembang( high speed), kemudian tambahkan separuh dari gula, pukul lagi sehingga kembang gebu.
  2. Tambahkan minyak jagung, minyak orange dan air, pukul sekejap.
  3. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit, ini kena kacau dengan tangan, tak boleh pakai mesin.
  4. Sementara tambah tepung, pukul pula telur putih sampai kembang gebu naik 2x ganda, kemudian tambahkan baki gula.
  5. Setelah adunan telur kuning sudah sebati dengan tepung, baru tambahkan adunan telur putih, kacau dengan tangan.
  6. Gaul sebati adunan dan boleh letak dlm acuan dan bakar selama 20 mnit pd suhu 180 C dan 10 minit berikut pd suhu 150C.
  7. Selepas masak, terbalikkan acuan supaya kek tidak jatuh turun. Tunggu sejuk barulah potong.

No comments:

Post a Comment