Sumber : Mat Gebu, my resipi
Kiriman : Suzana Hashim
Bahan A
100 gm tepung halus
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh vanila esen
4 biji kuning telur
50ml minyak jagung ( kita guna minyak masak je...minyak jaugung takde stok)
60gm gula halus
Bahan B
100ml susu segar ( di suamkan )
1 sudu besar pandan emulco
Bahan C
4 biji putih telur
120 gm gula halus
1/2 sudu teh cream of tartar
Cara
- Campur bahan B kacau dan biarkan sejuk.
- Campurkan bahan A dan kacau sebati.
- Masukkan susu yang dah di bancuh tadi. Kacau guna hand whisk kasi semua adunan sebati.
- Pukul putih telur apabila dah separuh kembang masukkan 1/2 gula dan cream of tartar.
- Pukul lagi dan masukkan balance gula tadi. Pukul sehingga betul2 kenyal.
- Masukkan separuh dari putih telur ke adunan tepung. Kaup balik kaup balik sehingga sebati. Kemudian curahkan semua adunan kedalam balance putih telur tadi. Kaup balik sehingga sebati. Jangan terlebih kacau.
- Bakar dalam oven suhu 180 selama 35min or ikut oven le.
No comments:
Post a Comment