Thursday, March 19, 2009

Roti Goreng Special



Bahan-bahannya


1 bantal roti perancis, potong ikut suka
2 biji bawang besar, dipotong dadu
4 biji telur
1/2 cawan sayur campur
garam secukup rasa
1/2 sudu teh serbuk lada putih
4 batang hotdog, dihiris serong
mentega/ margarine secukupnya

Cara-caranya

Panaskan 1 sudu besar mentega dalam kuali dan goreng hotdog yang telah dihiris serong.
Telur, sayur campur, bawang, garam, lada sulah dicampurkan dan juga hotdog yang telah dihiris. Gaul sebati.
Tekap roti dalam campuran telur dan kemudian susun bahan2 seperti bawang, sayur campur, hotdog.
Panaskan kuali non stick dan letakkan sedikit mentega dan tangkupkan roti macam buat roti john. Masak dikedua-dua belah sehingga garing.
Angkat potong ikut suka dan hidangkan bersama sos cili dan mayonnaise jika mahu

No comments:

Post a Comment